Isu halal sekali lagi menjadi tumpuan selepas BPOM (Badan Pengawas Obat dan Makanan) dan BPJPH (Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal) Indonesia mengumumkan bahawa 9 produk makanan olahan terbukti mengandungi DNA babi berdasarkan hasil uji makmal. Apa yang lebih membimbangkan ialah 7 daripada produk tersebut memiliki sijil halal.
Dalam artikel ini, kami senaraikan secara lengkap nama produk, negara pengeluar, serta pengedar atau importir yang bertanggungjawab membawanya ke pasaran.
Senarai Produk yang Terbukti Mengandungi DNA Babi
1. Corniche Fluffy Jelly Marshmallow (Leci, Jeruk, Stroberi, Anggur)
Negara pengeluar: Filipina
Pengeluar: Sucere Foods Corporation
pengimport: PT Dinamik Multi Sukses (Indonesia)
Status halal: Memiliki sijil halal
2. Corniche Marshmallow Rasa Apel Bentuk Teddy
Negara pengeluar: Filipina
Pengeluar: Sucere Foods Corporation
Pengimport: PT Dinamik Multi Sukses
Status halal: Memiliki sijil halal
3. ChompChomp Car Mallow (Bentuk Mobil)
Negara pengeluar: China
Pengeluar: Shandong Qingzhou Erko Foodstuffs Co., Ltd
Pengimport: PT Catur Global Sukses
Status halal: Memiliki sijil halal
4. ChompChomp Flower Mallow (Bentuk Bunga)
Negara pengeluar: China
Pengeluar: Shandong Qingzhou Erko Foodstuffs Co., Ltd
Pengimport: PT Catur Global Sukses
Status halal: Memiliki sijil halal
5. ChompChomp Mini Marshmallow (Bentuk Tabung)
Negara pengeluar: China
Pengeluar: Shandong Qingzhou Erko Foodstuffs Co., Ltd
pengimport: PT Catur Global Sukses
Status halal: Memiliki sijil halal
6. Hakiki Gelatin
Negara pengeluar: Indonesia
Pengeluar: PT Hakiki Donarta
Status halal: Memiliki sijil halal
7. Larbee – TYL Marshmallow Isi Selai Vanila
Negara pengeluar: China
Pengeluar: Labixiaoxin (Fujian) Foods Industrial Co., Ltd
Status halal: Memiliki sijil halal
8. AAA Marshmallow Rasa Jeruk
Negara pengeluar: China
Pengeluar: Chaozhou Chaoan District Yongye Foods Co., Ltd
Pengimport: PT Aneka Anugrah Abadi
Status halal: Tidak memiliki sijil halal
9. SWEETME Marshmallow Rasa Cokelat
Negara pengeluar: China
Pengeluar: Fujian Jianmin Food Co., Ltd
pengimport: Brother Food Indonesia
Status halal: Tidak memiliki sijil halal
Tindakan BPOM dan BPJPH
Sebagai respons terhadap penemuan ini, BPOM dan BPJPH telah:
1- Mengeluarkan arahan penarikan produk dari pasaran.
2- Menangguhkan atau membatalkan status halal produk terbabit.
3- Menasihatkan pengeluar untuk menyemak rantaian bekalan bahan mentah, khususnya gelatin yang berisiko berasal dari babi.
Tindakan JAKIM Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengambil tindakan susulan dengan:
1- Berkomunikasi dengan BPJPH dan BPOM untuk mendapatkan laporan lengkap.
2- Menyemak status produk jika ada yang telah dipasarkan di Malaysia.
3- Memberi peringatan kepada pengimport untuk lebih berhati-hati dengan produk dari pengeluar yang disenaraikan.
4- Bersedia untuk menyenarai hitam produk terbabit daripada pasaran tempatan jika tidak mematuhi standard halal Malaysia.
Apa Perlu Dilakukan oleh Pengguna?
Sebagai pengguna Muslim, berikut beberapa langkah yang boleh diambil:
1- Sentiasa periksa logo halal yang sah dan diiktiraf, serta rujuk portal rasmi halal JAKIM: www.halal.gov.my.
2- Elakkan membeli produk tanpa maklumat jelas tentang pengeluar atau negara asal.
3- Laporkan kepada pihak berkuasa jika menemui produk mencurigakan.
Penutup
Isu ini menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa pensijilan halal bukan hanya simbol, tetapi satu tanggungjawab besar demi menjaga akidah dan keyakinan pengguna Muslim. Kepercayaan terhadap sistem halal perlu disokong dengan ketelusan, pengawasan rapi, dan tindakan tegas terhadap pelanggaran.
Sebarkan artikel ini untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pengguna Muslim. Lindungi makanan, lindungi iman.


No comments:
Post a Comment