Pada kebiasaannya kita hanya membeli buah-buahan tempatan yang semestinya harganya lebih murah berbanding dengan buah import yang harganya boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit. Itu pun buah-buahan tempatan bergantung pada musim dan yang paling mahal ialah buah durian musang king itu pun paling mahal hanya setakat dalam RM80 lebih sahaja. Namun begitu sesetengah orang mereka tidak kisah dengan harga yang mahal asalkan dapt makan buah tersebut.
1. Tembikai Susu Yubari (rm122000)
Dengan harga yang mencecah ratusan ribu ringgai maka tidak hairanlah tidak ramai orang yang mampu membelinya. Tembikai Susu yang berasal dari jepun ini atau lebih tepat dari kawasan Yubari di jual dalam satu majlis lelongan pada tahun 2018 dengan harga RM122000 dengan memecahkan rekod jualan pada tahun 2016 hampir dua kali ganda dari nilai jualan. Setiap tahun hanya kira-kira 500 biji sahaja di hasilkan yang dihasilkan oleh 8 orang peladang dari Yubari Jepun. Dengan rasa yang manis berkrim mempunyai peminatnya tersendiri tidak hairanlah walaupun harganya mampu utntuk membeli sebiji rumah tetap ada pembelinya.
Nenas Cornwall (rm55000)
Di sebuah ladang bernama Cornwill telah mencipta satu teknik penanaman nenas yang unik. Dengan teknik penanaman menggunakan najis dan air kencing kuda di tambah penggunaan rumah kaca menjadikan harganya sehingga RM55000 sebiji dah lebih kurang harga sebiji kereta.
Dengan saiz yang jauh lebih besar berbanding anggur biasa menjadikan anggur ini luar biasa. Walau pun menggunakan nama roman tapi anggur ini bukanlah dari eropah tetapi ia di tanam di kawasan Ishikawa Jepun. Mula ditanam pada tahun 2008 dan hanya di tanam 26000 gugus dikeluarkan pada setiap tahun bagi memastikan harganya sentiasa tinggi dan memerlukan tempoh 2 tahun untuk di hasilkan. Biasanya penjualan Anggur Ruby Roman ini melalui proses perlelongan dan harga tertinggi yang pernah di catatkan sebanyak rm46000 dalam satu lelongan pada tahun 2019. Bagi memastikan harga jualan tetap tinggi untuk menampung kembali kos penanamannya syarat pengeluaranyan sangat ketat sehinggakan mana-mana gugus buah anggur yang layak diketegorikan Ruby Roman perlulah mempunyai berat 20g setiap biji serta mempunya kandungan gula pada paras 18% dan mempuyai warna merah seperti yang ditetapkan sebab itulah anggur Ruby Roman mempunyai rasa tekstur yang seimbang antara rasa kenyal dan manis.
4. Tembikai Densuke (RM25750)
Mempunyai bentuk yang agak unik serta rasa yang sangat manis jika di bandingkan dengan tembikai biasa yang lain. Mengikut fresh Plaza dalam satu acara lelongan pada ahun2008 sebiji tembika densuke Berjaya dijual dengan harga rm25750. Disebabkan penghasilan buah yang sukar dan hanya terdapat di Negara tertentu sahaja menyebabkan harganya kekal tinggi. Perasan kah kita bahawa kebanykan buah-buah ataupun makanan yang mahal ini berasal dari Negara Jepun.
5. Mangga Northern Territories (rm10000)
Ini merupakan harga yang termurah dalam senarai ini itu pun masih terlalu tinggi jika di bandingkan dengan mangga Harum Manis yang terkenal di Malaysia. Di Australia acara amal dijalankan bagi menghormati peladang mangga yang bekerja di northern territories. Mangga yang di hasilkan akan di lelong dalam satu majlis amal dalam kuatiti satu talam dan rekod jualan tertinggi di catatkan pada harga Rm38000 setalam dan satu talam mengandungi 14 biji buah mangga jadi boleh dikatakan harga sebiji buah mangga sekitar rm10000 sebiji.
Dengan harga sebegini mungkin hanya orang-orang dari golongan kayangan sahaja yang akan membelinya. Bagi kita orang biasa mungkin hanya dalam mimpi saja kita akan rasa. Lagi pun kebanyakan buah ini berasal dari luar negara menjadikan kita sukar untuk mendapatkannya



.jpg)


No comments:
Post a Comment